Ahad, 7 September 2014

Aniversary ke - 11

Alhamdulillah genap 6 September 2014, kami hidup bersama selama 11 tahun.. Kejap je rasanya... dalam 11 tahun ni, banyak dugaan yang kami terima.. gaduh-gaduh lagilah banyak.. hehehe tapi gaduh sayang.. biaslah takde gaduh tak berseri lah hidup kita kan.. Aku bersyukur sangat sebab ditemukan dengan suami aku walaupun kami berbeza 10 tahun.. bayangkan aku berkahwin waktu tu umur aku baru 20 tahun.. muda kan.. tapi dah jodoh.. nasib baik lah suami aku ni matang.. banyak sabar nak mengadap karenah aku yang bukan2 ni.. Dalam 11 tahun ni juga, kami dikurniakan 4 orang cahaya mata, seorang lelaki dan 3 lagi perempuan.. Alhamdulilah dan syukur sangat2 atas limpahan kurniaNya..



Inilah permata hatiku.. Hakimi, Fara, Dania & Maryam...


6 September 2013 sehingga 6 September 2014


My Family


Rumah Terbuka & Majlis Aqiqah Hannah Maryam dan Nur Amna Humaira

16 Ogos 2014....

Aku dan family telah menganjurkan Rumah Terbuka & Majlis Aqiqah Hannah Maryam dan Nur Amna Humaira di bandar Baru Bangi...

Jemputan kami hanya 300 orang tetapi yang datang lebih dari tu.. fuhh.. sampai kambing 3 ekor tak cukup.. huhuhu.. sib baik menu lain banyak.. ada laksa johor, sate, nasi impit, nasi beriyani, kari daging, ayam masak merah, ada spageti goreng, buah2, kuih muih... byk lah.. yang best nye rombongan surau kat rumah aku datang skali.. amat terharu dengan kedatangan mereka....

Majlis ni juga ada buat cukur jambul.. padahal anak aku dah buat pada bulan puasa hari tu tapi disebabkan anak adik aku baru lahir dan baru nak buat, anak aku pun join sekali lagi.. Najlis ini sebenarnya rancang last minit.. bila last minit, faham2 je lah.. nak pasang buai berendoi pun xdapat.. nasib baik lah ada Buaian Crandle Shaklee.. dulu anak yang ketiga pun aku guna perkhidmatan mereka.. service yang berbaloi dan aku amat puas hati... 



Cantikkan mini pelamin untuk anak aku dan anak buah aku.. nak tahu harga boleh contact no telefon yang tertera kat gambar tu.. hehehe


Ini akan aku yang ketiga.. seronok betul dia bergambar.. hehe


Ini My hubby dan my little girl, Hannah Maryam... so sweet..


Ini pula my brother in law with her little girl juga, Nur Amna Humaira


hehehe.. sibuk je kami parents nak bergambar.. 

Majlis Khatam Al-Quran & Cukur Jambul

Pada 24/7/2014... bertempat di Surau Nur Idaman, aku telah anjurkan majlis berbuka puasa, khatam Al-Quran serta Cukur Jambul...

Meriah sangat malam tu bermula dengan berbuka puasa --> solat maghrib berjemaah --> makan.. aku sponsor nasi beriyani.. ada kari daging, ayam masak merah, acar, buah, kuih dan air --> solat isyak berjemaah --> Majlis khatam Al-Quran.. Anak lelaki aku, Iqmal Hakimi join skali.. apabila aku lihat dan dengar suara dia mengaji, perasaan aku waktu tak dapt digambarkan.. gembira, sedih, terharu dan macam2 lagi.. --> last skali baru acara cukur jambul....








Raya Aidilfitri 2014

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Fuhhh... lama giler aku tak buka blog dan update... Blog aku ni memang bersarang dan bermacam macam bentuk sarang.. hehehehe..

Hari ni aku nak kongsi apa ye dengan you all.. hmmm.. walaupun hari raya tahun 2014 ni dah lepas tapi aku nak kongsi skit lah.. Tahun ni giliran aku beraya dengan my parents di Bandar Baru Bangi je.. Tahun ni memang meriah sebab aku dah tambah lagi sorang ahli keluarga.. my little girl namanya Hannah Maryam.. sedap tak nama tak.. hehehe.. Tahun ni juga kami ada ahli baru iaitu adik ipar aku, Mukhlis.. so makin besarlah family aku.. 



Tahun ni aku dan anak2 pilih tema coklat, family pilih colour hijau dan adik aku pilih color ungu...